‘Siapa yang curang sebenarnya? Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri’.
Demikian respons pelakon dan model, Zahnita Wilson selepas diajukan soalan mengenai dakwaan curang yang didedahkan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor sebelum ini.
Kata Zahnita, dia sudah melakukan perkara wajib yang sepatutnya dilakukan oleh setiap isteri iaitu taat dan setia kepada suami.
“Siapa yang curang sebenarnya? Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri. Selama ini memang taat. Saya curang, mana buktinya? Saya keluar rumah pun hanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah kesihatan mental serta penderaan fizikal dan emosi,” ulasnya.
Tambahnya lagi, tuduhan sedemikian membuatkan dia mahu melihat sendiri bukti yang mengatakan dirinya curang seperti yang didakwa.
“Tidak, semestinya tidak akan. Mana buktinya? Allahuakbar. Mana buktinya, saya nak sangat tengok bukti yang mengatakan saya ni curang. Serius!,” katanya.
@malaysiagazette Bekas peragawati terkenal tegas menafikan dakwaan kononnya beliau curang ketika dalam perkahwinan bersama suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47. Malah ibu anak empat itu menegaskan, beliau taat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sepanjang usia perkahwinan mereka. “Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri. Selama ini memang taat. Saya tak curang, kalau curang mana buktinya? “Bila saya keluar dari rumah pun hanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah kesihatan mental serta penderaan fizikal dan emosi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette. #malaysiagazette #zahnitawilson ♬ original sound – malaysiagazette
Terdahulu, Abdul Zackery tampil mengulas lanjut berkenaan isu perceraian yang diminta isterinya itu sebelum ini.
Menurutnya, dia sedia melepaskan Zahnita, namun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi termasuklah kebajikan dan juga hak penjagaan anak-anak mereka.
Dalam pada itu, dia juga menolak dakwaan kononnya wujud pihak ketiga dalam rumah tangganya bersama Zahnita sebaliknya, mendedahkan bahawa isterinya itu yang berlaku curang terhadapnya sekitar 10 tahun lalu.
Lebih mengejutkan, Zahnita pernah melarikan diri bersama ‘teman’ lelakinya selama enam bulan.
“Pada 2015 dan 2016, isteri saya yang mempunyai oang ketiga.
“Kami pernah melalui proses perceraian dan ketika itu dia keluar rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.
“Anak perempuan saya sendiri yang bagitahu ibunya keluar dengan lelaki. Dan, bila saya cuba berbincang, dia bawa lari anak-anak,”dakwanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita Wilson Nafi ‘Muay Thai’ Suami, Dakwa Anak Sulung Dimanipulasi – “Dia Takut Bapanya Masuk Penjara”
ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sedia Lafaz Talak Dengan Syarat..” – Suami Dakwa Zahnita Wilson Curang, Lari Dengan ‘Kekasih’ Selama 6 Bulan
Sumber: Malaysian Gazette