Ucapan pempengaruh media sosial, Cik Epal kepada bekas suaminya dan isteri baru menjadi perhatian ramai apabila menggelar ibu tiri kepada anak-anaknya sebagai bibik.
Menerusi hantar itu juga, Cik Epal turut mendoakan agar pasangan tersebut berbahagia hingga ke neraka serta mengatakan mereka pasangan yang sesuai.
Sementara itu, perkongsian pengarah terkenal Michael Ang menjadi perhatian apabila meminta seorang individu move on selepas bekas suaminya baru berkahwin serta mengatakan malu anak-anak apabila dewasa nanti.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun netizen dapat meneka ianya ditujukan kepada Cik Epal susulan hantaran ucapannya itu.
Perkongsian Michael itu turut mendapat perhatian Cik Epal yang membidas kenyataan dibuat pengarah itu dengan menyatakan dia hanya bercerita mengenai dirinya dan tidak menyibuk kes orang lain.
“At least saya cerita hal saya je. Tak ada pula saya menyalak sibuk mengulas kes orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal berkata sejak dari dulu lagi dia tidak kisah seandainya ada yang tidak suka akan dirinya namun bersyukur jika ada yang sukakan dirinya.