Penyanyi, Tom menafikan dirinya seorang penyondol seperti mana dituduh oleh seorang individu dengan mengaitkan punca keretakan rumah tangga kekasihnya, Fuad Rahman.
Memetik Media Hiburan, Tom menjelaskan hubungan Fuad dan bekas isterinya sudah pun berakhir sebelum mereka kembali bercinta.
Malah, bekas isteri Fuad juga tahu mengenai hubungan mereka.
“Hubungan dia (Fuad) dan bekas isteri dah berakhir. Cuma ada beberapa urusan belum selesai.
“Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya ukan penyondol,”katanya.
Tom tampil memberi kenyataan apabila ada individu memberikan komen mendakwa Fuad masih suami orang serta meminta bukti penceraiannya dengan bekas isteri di mahkamah.
Dalam pada itu, Tom memberitahu dia mengetahui bahawa hubungan Fuad dan bekas isterinya mempunyai masalah. Disebabkan itu, dia sudi menerima cinta Fuad dan memberi sokongan buat kekasih hatinya.
“Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melalui waktu sukar.
“Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu. Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman,” katanya.
Terdahulu, Fuad sendiri menegaskan Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram bukanlah orang ketiga dalam rumah tangganya kerana dia dan isteri sudah bercerai.
Dan, dia juga mendedahkan Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram adalah bekas kekasihnya pada 2005 tetapi mereka terpaksa berpisah oleh kerana dipenjara selama lima tahun.
Sumber: Media Hiburan