“Saya Bersyukur Berkawan Dengan Lelaki Berstatus Duda & Agak Matang”

“Saya Bersyukur Berkawan Dengan Lelaki Berstatus Duda & Agak Matang”

Pelakon Erra Fazira menafikan khabar yang bertebaran apabila didakwa bakal mengumumkan berita gembira pada 7 Februari depan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51. 

Memetik Kosmo, Erra berkata tiada kejutan istimewa apatah lagi berkongsi status hubungannya dengan seorang ahli peniagaan dikenali sebagai Mr E.

Sementara itu, Erra juga tidak mengesahkan desas-desus sudah bertemu keluarga Mr E atua nama sebenarnya Ezwan Zain.

Kata Erra lagi, Mr E hanya kenalan rapat ketika menjalani penggambaran program bual bicara, Primadona beberapa tahun lalu.

“Ketika penggambaran program itu di kafenya kami tak bersembang pun. Kalau tak silap saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM.

“Daripada situ, kami mula berbual sekadar menyantuni. Hanya beberapa bulan lalu Ezwan rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual.

“Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat,” katanya.

Bagaimanapun, Erra meluahkan rasa syukur usahawan berusia 44 tahun itu memahami apabila persahabatan mereka menjadi bualan ramai.

“Saya tak rasa ia keterlaluan sehingga boleh menjadi bahan bualan. Dengan tumpuan diberikan, saya percaya Ezwan sedikit terkejut, tetapi dia adalah insan yang tidak asing dalam industri hiburan, jadi dapat menanganinya dengan baik.

“Saya bersyukur berkawan dengan lelaki berstatus duda dan agak matang. Sama ada, dia pilihan terbaik dalam membentuk institusi perkahwinan, saya belum mengkaji ke arah itu dengan mendalam,” katanya.

SUMBER: Kosmo


Scroll to Top