Satu-satunya hukum wasiat ditunai melalui pesanan mimpi

Satu-satunya hukum wasiat ditunai melalui pesanan mimpi

Thabit bin Qays bin Syammasy RA

Advertisement

Beliau ialah seorang ahli pidato dalam kalangan Ansar yang diberikan gelaran ahli pidato Rasulullah SAW. Ada riwayat hadis menyatakan Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Thabit RA bahawa beliau akan mendapat kelebihan mati syahid.

Beliau telah diberikan tanggungjawab untuk membawa bendera pasukan Ansar. Setelah Thabit RA meninggal dunia, seorang anggota tentera bermimpi menemuinya.

Beliau mewasiatkan bahawa perisai miliknya yang mahal harganya, berada pada tangan seorang anggota tentera yang berada di hujung khemah. Kemudian, disifatkan khemahnya, kuda dan tempat perisai itu berada.

Thabit RA berpesan agar perisai itu diserahkan kepada Khalid bin al-Walid RA. Kemudian, diserahkannya kepada Khalifah Abu Bakar RA agar dijual untuk melunaskan hutangnya yang belum dibayar dan supaya hambanya dimerdekakan.

Thabit RA juga berpesan supaya jangan memberitahu bahawa pesanannya melalui mimpi, kerana bimbang tidak dipercayai.

Apabila sahabat itu memberitahu Khalid RA dan mencari perisai itu, didapati benar sepertimana yang dinyatakan.

Maka akhirnya, Khalifah Abu Bakar RA menunaikan wasiatnya. Inilah satu-satunya hukum wasiat yang ditunaikan melalui pesanan mimpi dalam sejarah.

ABDUL HADI AWANG
Kuliah Duha Jumaat
19 Rajab 1444 – HARAKAHDAILY 10/2/2023

Scroll to Top