Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu membatalkan hasrat untuk berdebat berkenaan agama selepas mendapat nasihat daripada Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago anak Dagang.
Susulan daripada itu, Aaron dalam posting di media sosial rasmi miliknya mengucapkan terima kasih kepada Saravanan kerana tidak meneruskan hasrat tersebut bagi menjaga keharmonian perpaduan di Malaysia.
Menteri Perpaduan ucap terima kasih tak teruskan
Beliau mengucapkan terima kasih kerana mendengar pandangan yang dinyatakan susulan tindakan ahli parlimen Jelutong itu yang menyatakan hasrat mahu berdebat dengan Zamri Vinoth.
“Terima kasih YB kerana sudi dengar pandangan saya,” tulisnya.
Menteri Perpaduan nasihat Saravanan
Hal ini susulan kenyataan Saravanan yang mengambil langkah tidak meneruskan debat tersebut demi menjamin keharmonian negara.
Perkara berkenaan dibuat susulan Aaron Ago Dagang menyuarakan harapan agar debat agama, khususnya antara Saravanan dan Zamri tidak diteruskan bagi mengelakkan ketegangan serta memastikan hubungan antara agama kekal harmoni.
Artikel lain: Dengar nasihat Menteri Perpaduan, Saravanan tak jadi debat dengan Zamri pasal agama
Terdahulu, Timbalan Presiden MIC berkenaan telah menetapkan 23 Mac sebagai tarikh debat dengan Zamri susulan kenyataan yang membandingkan pembawa kavadi ketika sambutan Thaipusam dengan individu yang dirasuk atau mabuk.
Komen tersebut dibuat susulan insiden melibatkan penyampai radio Era FM yang didakwa menghina agama Hindu dengan menari dan bergurau sambil melaungkan “vel, vel”.
Walaupun mereka telah memohon maaf, pihak pengurusan telah menggantung tugas mereka sementara siasatan oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berjalan.
Sumber: Facebook Aaron Ago anak Dagang