Sanusi dipanggil polis?

Sanusi dipanggil polis?

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipercayai dipanggil polis petang tadi.

Perkara itu diberitahu Jawatankuasa Pengelola Perikatan Nasional (PN) dalam satu acara di Sungai Petani.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang ingin bertemu dengannya tetapi dia (Sanusi) terpaksa melangkau program ini kerana masalah keselamatan yang serius,” kata seorang wakil jawatankuasa di sebuah majlis di Taman Serai Wangi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin mengesahkan Sanusi dipanggil untuk disoal siasat oleh polis sambil memaklumkan itu sahaja maklumat yang diketahuinya setakat ini.

“Kami hanya diberitahu bahawa polis memanggilnya. Tidak lebih daripada itu,” jelas Azman.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan maklum balas daripada pasukan Sanusi untuk mengesahkan perkara tersebut. –  MalaysiaGazette

Scroll to Top