London: Pengendali Nottingham Forest, Nuno Santo, mahu memastikan prestasi cemerlang pasukannya tidak terjejas oleh jendela perpindahan pemain.
Forest memenangi lima perlawanan Liga Perdana berturut-turut dan kini berada di tempat ketiga dalam carta dan semakin hampir layak beraksi di Liga Juara-Juara menjelang lawatan ke Wolves Isnin ini.
Nuno tidak menolak kemungkinan aktiviti perpindahan akan berlaku bulan ini, tetapi beliau lebih bimbang untuk memastikan pemainnya kekal fokus dengan tugas yang ada.
“Itulah perkara paling penting dan satu-satunya perkara asas untuk kami, supaya kami tidak terganggu oleh jendela perpindahan.”
“Pemain yang ada di sini perlu kekal fokus, memberi komitmen dan bekerja keras, biarkan perkara itu berlaku secara semula jadi.
“Orang yang perlu menguruskan itu akan mengendalikan tugas itu.
“Tetapi dari segi kumpulan dan etika kerja, ia perlu kekal sama.”
Nuno juga mendedahkan bahawa Murillo seharusnya cergas untuk bermain di Molineux tidak diturunkan ketika mereka meraih kemenangan Ahad lalu ke atas Everton, manakala Callum Hudson-Odoi juga dijangka cergas.
Pengurus Wolves, Vitor Pereira, pula menyedari bahawa pasukannya perlu bersedia untuk beraksi walaupun tanpa pemain utama, Matheus Cunha.
Pemain Brazil itu digantung selepas terbabit dalam insiden dengan seorang kakitangan Ipswich Town bulan lalu, tetapi Pereira menegaskan bahawa pasukan akan bersedia.
© New Straits Times Press (M) Bhd