Sangkal Dakwaan Nelissa Nizam Jadi Mangsa Dera, Ibu Tampil Dedah Perkara Sebenar – “Apa Salah Mama Sampai Perlu Mengemis Kasih Sayang Anak-Anak?”

Sangkal Dakwaan Nelissa Nizam Jadi Mangsa Dera, Ibu Tampil Dedah Perkara Sebenar – “Apa Salah Mama Sampai Perlu Mengemis Kasih Sayang Anak-Anak?”

Ibu pelakon Nelissa Nizam, Ayu Manaf secara tegas menafikan dakwaan selebriti itu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa kegansan rumah tangga.

Menerusi temu bual bersama program Melodi (TV3), Ayu menyangkal dakwaan anaknya itu, sebaliknya menjelaskan bahawa dirinya sendiri adalah mangsa penderaan.

“Kenyataan yang mengatakan dia didera sejak umur 6 tahun itu memang tidak benar langsung. Tak ada sebarang kes penderaan yang berlaku sampailah dia dewasa.

“Sebenarnya yang didera itu saya, dipukul dan disepak terajang. Sebagai anak memang dia trauma melihat ibu diperlakukan seperti itu,” katanya.

Ayu turut mempersoalkan dimanakah salah silapnya dan apakah punca yang menyebabkan hubungan bersama anak-anak menjadi renggang sehingga mereka mengabaikan dan tidak bertanya khabarnya.

“Hubungan saya dan anak-anak tidak berapa baik tetapi saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin disebabkan saya kahwin baru jadi anak-anak tak suka dan mereka tak pedulikan saya.

“Saya sendiri terfikir kenapa anak-anak saya macam ini? Apa salah saya? Mungkin sejak saya sakit, saya tak bekerja dan susah.

“Kalau ada salah saya beritahu, kenapa membuatkan anak-anak menjauhi saya. Kita ini sebagai ibu sudah tentu mahu anak-anak ada bersama,” katanya.

Lebih menggores hati, Ayu meluahkan rasa terkilan apabila anak-anaknya tidak mengendahkan dirinya ketika dirawat di hospital, malah dia turut merasakan seperti perlu ‘mengemis’ perhatian dan kasih sayang daripada zuriat sendiri.

“Bila hubungan dah jadi begitu (renggang), anak-anak sudah senang sekarang mereka biarkan mak begitu sahaja. Saya agak ralat juga.

“Kita tak minta balasan tetapi berharap satu hari nanti kita boleh harapkan anak-anak kita. Saya ini sudah seperti mengemis, mengemis kasih sayang dan kesenangan.

“Saya masuk hospital setidaknya anak-anak tanya khabar sebab kita sakit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu tidak menafikan kali terakhir berhubung dengan Nelissa membuatkan dirinya terlalu kecewa sehingga nekad tidak akan melupakan ayat anaknya sampai akhir hayatnya.

“Mesej terakhir dia memang sangat menyedihkan. Ayat-ayat yang dia bagi tak akan saya lupa sampai mati.

“Dia kata ‘don’t treat me like a banker’. Dengan siapa lagi kita susah nak minta tolong kalau bukan anak-anak. Tak mengapa, mama (panggilan Ayu) cuma mama doakan satu hari nanti korang akan ada suami dan anak-anak, korang akan tahulah kehidupan ini macam mana,” katanya.

Sebelum ini, Nelissa pernah mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil.

Scroll to Top