Sambut raya dalam lokap?

Sambut raya dalam lokap?

am@hmetro.com.my

Seremban: Seramai 26 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti judi di negeri ini sepanjang tempoh seminggu Op Limau dijalankan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Negeri Sembilan berkata, tangkapan itu hasil daripada tiga serbuan yang dijalankan bermula 15 Januari lalu.

“Dalam tempoh itu, wang tunai berjumlah RM2,284 dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi dalam bangunan) dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi luar bangunan),” katanya, hari ini.

Katanya, polis Kontinjen Negeri Sembilan amat komited dalam menangani jenayah judi dan maksiat di negeri ini.

Beliau berkata, operasi khas itu dijalankan di seluruh Kontinjen Negeri Sembilan bermula dari 15 Januari dan akan berakhir pada 29 Januari iaitu selama 15 hari.

“Fokus utama operasi ini untuk mencegah dan membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam dan luar bangunan yang tertakluk dalam Jadual Pertama Akta Rumah

Judi Terbuka 1953,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top