Salah enggan fikir Ballon d’Or

Salah enggan fikir Ballon d’Or
Salah enggan fikir Ballon d’Or

Salah bertindak cemerlang membantu kemenangan Liverpool ke atas Newcastle awal pagi Khamis, sekali gus mengukuhkan cengkaman The Reds di puncak EPL.

PERSEMBAHAN mengagumkan Mohamed Salah di Liga Perdana Inggeris (EPL) meletakkan penyerang Liverpool itu sebagai calon pilihan meraih gelaran Ballon d’Or 2025.

Musim ini, bintang Mesir berusia 32 tahun itu telah menyumbat 30 gol dan menghasilkan 22 bantuan jaringan dalam semua pertandingan disertai The Reds.

Pun begitu, Salah sendiri mengakui peluangnya untuk menjadi pemenang anugerah yang dianjurkan majalah France Football itu agak tipis.

Sebaliknya, Salah mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu Liverpool meraih gelaran EPL dan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

“Kena menang EPL dan UCL dulu. Ballon d’Or, semua orang tahu kadang-kadang ada faktor lain yang turut terlibat,” katanya.

Ketika ini, spekulasi mengatakan bahawa bintang Real Madrid, Vinicius Junior bakal dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia selepas tewas kepada pemain tengah Manchester City, Rodri pada tahun lalu.

Penganjuran Ballon d’Or tahun lalu diboikot Real selepas Vinicius dinafikan anugerah berkenaan.

Kali ini, penganjur dikatakan berusaha memujuk Real selain tidak mahu insiden tahun lalu tidak berulang dan cara terbaik adalah memberikan kemenangan kepada Vinicius.

Scroll to Top