Seorang pendakwah bebas, PU Syed, tampil memberikan teguran kepada pelawak popular Saiful Apek yang dikatakan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Tindakan pelawak legenda itu menjadi bualan selepas sebuah video tular menunjukkan dirinya memeluk pinggang usahawan terkenal, Liana Rosli sebelum menyampaikan kata-kata nasihat mengenai kehidupan.
PU Syed tegur Saiful Apek peluk Kak KM
Menurut PU Syed, tindakan seperti itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh seseorang yang bukan mahram, walaupun dianggap seperti adik sendiri, tetap dilarang dalam Islam.
Lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut adalah isteri orang. Jelasnya, perbuatan itu tidak dibenarkan walaupun sentuhan tersebut berlaku tanpa terkena kulit secara langsung.
Sentuhan sebegitu, apatah lagi dalam keadaan berpelukan dianggap tidak wajar dan melanggar batas agama.
Kata-kata memang mantap tetapi harus berhati-hati

Selain itu, PU Syed turut menasihati Saiful Apek supaya mengamati kata-kata nasihat yang sering diluahkannya agar ia turut dijadikan panduan dalam kehidupan sendiri.
Teguran saya kepada Saiful Apek atau Abang Saiful agar berhati-hati, kata-kata abang Saiful memang mantap sekali. Bila mana kita memegang tubuh seorang wanita lebih-lebih lagi wanita tersebut isteri orang, ia tidak dibenarkan syarak.
Menurutnya, seseorang itu perlu muhasabah diri dan menyedari bahawa ada perbuatan yang mungkin dilakukan tanpa sengaja tetapi tetap salah di sisi agama.
Beliau menegaskan, teguran ini bukan hanya ditujukan kepada Saiful Apek semata-mata tetapi kepada semua orang agar memahami bahawa menyentuh tubuh bukan mahram walaupun sudah dianggap seperti adik sendiri tetap haram dan perlu dielakkan.
#ApaKataOhmedia
Dalam Islam, menjaga batas pergaulan sangat penting tidak kira siapa pun kita. Diharapkan teguran PU Syed ini boleh dijadikan panduan untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
