Pelakon dan pelawak legenda, Saiful Apek akhirnya tampil memberi penjelasan selepas tular video dirinya berpelukan dengan usahawan sensasi, Kak KM.
BACA: Saiful Apek Selamba Peluk Pinggang Kak KM, PU Syed Tampil Beri Teguran
Video tersebut telah mengundang kecaman hebat dalam kalangan netizen yang menganggap aksi itu tidak wajar.
Saiful Apek terima teguran dengan lapang dada

Lapor Harian Metro, Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff mengakui kesilapannya dan menerima teguran dengan hati terbuka.
Saya akui khilaf dan menerima dengan berlapang dada untuk terima teguran berlandaskan kasih sayang. Tak perlu panjangkan kejadian khilaf saya kerana pada masa itu, saya tak fikir dan mungkin tak sedar hukum-hakam walau sudah ‘bau tanah’. Benda sudah pun berlaku.
Menurut Saiful Apek, dia tidak mahu mencari alasan atau menyalahkan mana-mana pihak atas insiden tersebut. Sebaliknya, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
Saya tidak mahu menuding jari atau nak beri alasan berdolak-dalih untuk tepis segala teguran dan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan sebagainya lagi. Salah tetap salah, dosa tetap dosa dan yang haram tetap haram. Saya cukup sedar batas dalam agama Islam dan saya memang bersalah.
Apek juga menegaskan bahawa dia tidak mahu hidup berpandukan pendapat netizen semata-mata, tetapi lebih kepada keinsafan dan ketakutan kepada Allah.
Apek bukan takut netizen tapi takut hukuman Allah

Saya tak nak budaya kita sekarang ni takut buat salah semata-mata sebab netizen. Sepatutnya kita bukan takut hukuman netizen tapi hukuman Allah dan cakaplah apa pun kalau tak berubah tetaplah tak berubah. Kalau ditarik segala nikmat dan rezeki saya sekalipun bukan kerana manusia tapi atas Kun Fa Yakun.
Ujar pelawak ini lagi, dia selalu betulkan kata-kata orang mengenai otai masih berbisa kerana sebenarnya otai masih ‘berdosa’.
Dia juga terima dengan reda jika ada peminat yang kecewa sampai bertindak menyekat atau unfollow akaun media sosialnya.
