Sabarlah dulu Ferrari…

Sabarlah dulu Ferrari…

London: Lewis Hamilton perlu menunggu sehingga 2025 sebelum boleh memandu untuk Ferrari, menurut laporan semalam.

Juara dunia tujuh kali itu tidak akan menyertai mereka untuk sesi ujian pra musim hujun tahun ini selepas Mercedes mahu menyimpannya untuk komitmen penajaan.

Susulan tahun akhir yang tidak menentu bersama Silver Arrows, Hamilton mendedahkan dia tidak sabar menunggu musim 2024 berakhir apatah lagi selepas hanya menduduki tangga ke-10 pada Grand Prix Brazil awal bulan ini.

Namun, dia masih mempunyai komitmen penajaan dengan Mercedes yang bermakna harapan untuk menamatkan hubungan 12 tahun mereka sejurus tamat perlumbaan terakhir di Abu Dhabi pada 8 Disember tampak sukar.

Semua pasukan pengeluar bakal menguji tayar dua hari selepas perlumbaan itu dan Mercedes membayangkan Hamilton tidak terlepas daripada tanggungjawabnya.

Ferrari berharap pelumba Britain itu dapat menyertai mereka sebaik sahaja perlumbaan di Abu Dhabi tamat tetapi impian itu terpaksa dilupakan selepas Hamilton diperlukan ketika sesi penajaan bersama Petronas pada hari sesi ujian terbabit berlangsung, menurut Autosport.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top