Sabah harap tak hujan di Temerloh

Sabah harap tak hujan di Temerloh
Sabah harap tak hujan di Temerloh

Permukaan padang di Stadium Temerloh yang ditakungi air menjejaskan tempoh permainan pada aksi Liga Super Sri Pahang dan KL City pada Ahad lalu. Foto FB SRI PAHANG FOOTBALL CLUB

PENYERANG Sabah FC, Darren Lok berharap cuaca lebih baik menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Temerloh pada Ahad.

Menurut Darren, jika hujan keadaan padang bukan sahaja menjejaskan rentak skuad Badak tetapi juga tuan rumah.

“Harap-harap hujan tidak turun supaya kami dapat bermain bola sepak dengan baik. Bagi saya, ia tidak masuk akal untuk bermain dalam keadaan yang begitu teruk.

“Tetapi di Malaysia kami terpaksa bermain juga dan ini merosakkan banyak perlawanan yang berpotensi bagus,” ujarnya.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat, tetapi bermain di tempat lawan mungkin tidak memihak kepada Sabah.

Pada Ahad lalu, hujan lebat tanpa henti telah menyebabkan keadaan padang semakin buruk dan ia telah mempengaruhi aksi Liga Super antara Sri Pahang dan KL City dengan ada yang menyifatkannya sebagai perlawanan ‘polo air’.

Scroll to Top