Tidak dapat dinafikan, di Malaysia terdapat ramai individu berbakat besar dan sudahpun berjaya membuktikan kebolehaan yang sedia ada di mata dunia.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Sofyank, dapat dilihat pelakon ‘misteri’ dari Hollywood yang dimaksudkan olehnya dulunya ialah Ryan Reynolds.
Bukan itu sahaja, penghasilan video disebalik tabir untuk mempromosikan filem terbaru, The Adam Project yang disiarkan di Netflix menjadi bualan warganet.
Difahamkan, video tersebut mendapat lebih 3 juta tontonan di TikTok @Sofyank96 dan 1.2 juta tontonan di Twitter selain 33,000 tontonan di saluran Youtube miliknya.
Finally after a month, its here! Hope you guys enjoy this video ❤️ thankyou so much @VancityReynolds and @NetflixMY ! ❤️ pic.twitter.com/I139mkp7vZ
— sofyank96 (@sofyank96) April 16, 2022
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan penghasilan video oleh pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dan mengatakan ia bertaraf antarabangsa.
Apa yang menariknya, baru-baru ini Ryan Reynolds yang terkenal dengan watak adiwira Deadpool itu meluahkan kekaguman terhadap penghasilan video tersebut menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.
Tambahnya, video tersebut sangat hebat walaupun Sofyank hanya mengambil masa dalam tempoh empat minit saja untuk dilakonkan bersama dirinya.
Walaupun mereka hanya mengadakan sesi pertemuan melalui aplikasi Zoom sahaja, namun aura yang diterimanya sangat luar biasa.
I think this sets an unfair standard for 4 minute junket interviews. https://t.co/IDvhhGsv2O
— Ryan Reynolds (@VancityReynolds) April 18, 2022
Hantaran oleh Ryan Reynolds itu mendapat maklum balas positif di kalangan warganet dan berharap agar pelakon berusia 45 tahun itu dapat membawa Sofyank memasuki ke industri Hollywood.
Ini kerana pemuda tersebut sangatlah layak untuk mendapat pengiktirafan dan peluang tersebut bagi menggembangkan bakat sedia ada.
Sumber: Twitter @VancityReynolds, @sofyank96