Rwanda putus hubungan diplomatik dengan Belgium

Rwanda putus hubungan diplomatik dengan Belgium
Rwanda putus hubungan diplomatik dengan Belgium

Rwanda pada Isnin memutuskan hubungan diplomatik dengan Belgium dan mengarahkan semua diplomat Belgium meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam – Foto: Agensi

KIGALI – Rwanda pada Isnin memutuskan hubungan diplomatik dengan Belgium dan mengarahkan semua diplomat Belgium meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Rwanda berkata kerajaan Rwanda hari ini telah memaklumkan kerajaan Belgium mengenai keputusannya untuk memutuskan hubungan diplomatik, berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan Rwanda dibuat selepas pertimbangan teliti beberapa faktor, semuanya berkaitan dengan cubaan Belgium yang menyedihkan untuk mengekalkan khayalan “neokolonialnya”.

“Keputusan hari ini mencerminkan komitmen Rwanda untuk melindungi kepentingan negara dan maruah rakyatnya, serta menegakkan prinsip kedaulatan, keamanan dan saling menghormati,” tambah Kementerian Luar Rwanda.

Sementara itu, Belgium menyifatkan tindakan Kigali sebagai “tidak seimbang” dan akan mengambil langkah serupa.

“Belgium kesal dengan keputusan Rwanda untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Belgium dan mengisytiharkan diplomat Belgium sebagai persona non grata,” kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar, Hal Ehwal Eropah dan Kerjasama Pembangunan Belgium, Maxime Prevot di media sosial.

Scroll to Top