Ruslin dilantik Ketua Pengarah AADK baharu

Ruslin dilantik Ketua Pengarah AADK baharu

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa, hari ini.

AADK dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AADK ke-13 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 April lalu.

“Perlantikan itu adalah bagi menggantikan Sutekno Ahmad Belon yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi).

“Beliau yang berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995,” katanya.

Menurutnya, Ruslin juga pernah memegang jawatan utama termasuk Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM).

“Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau atas pelantikan ini.

“AADK turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top