Kebakaran besar di Los Angeles baru-baru ini telah menyebabkan kerugian yang luar biasa apabila rumah selebriti terkenal, Paris Hilton di Malibu turut musnah dijilat api.
Kediaman mewah pelakon dan selebriti itu dikatakan terbakar habis. Mujur Paris tidak menetap di situ sewaktu Insiden berlaku di tengah-tengah kebakaran hutan besar yang menghanguskan lebih dari 1,000 bangunan dan menyebabkan lima kematian setakat ini.
Keadaan semakin tidak terkawal
Menurut laporan TASS dan TMZ, insiden buruk ini telah membuatkan hampir 11,000 hektar tanah rosak. Keadaan juga semakin buruk dengan tiupan angin kencang sehingga menyebabkan lebih 175,000 orang kehilangan bekalan elektrik.
Dalam masa yang sama beberapa selebriti terkenal seperti Leighton Meester, Adam Brody dan Billy Crystal turut menimpa musibah yang sama apabila kediaman mereka juga musnah dalam kebakaran tersebut.
100 ribu penduduk menjadi mangsa kebakaran besar itu
Media juga melaporkan 100,000 penduduk di kawasan terjejas telah diarahkan untuk mengosongkan kediaman mereka. Kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan pihak bomba sedang giat berusaha memadamkan api yang sedang merebak itu.
#OhmediaNasihat
Kebakaran ini memberi kita peringatan betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi bencana alam. Kita juga digalakkan lebih menghargai dan menjaga kediaman serta kawasan sekitar.