Rumah Putih tolak permintaan untuk kembalikan Patung Liberty ke Perancis

Rumah Putih tolak permintaan untuk kembalikan Patung Liberty ke Perancis
Rumah Putih tolak permintaan untuk kembalikan Patung Liberty ke Perancis

Rumah Putih menolak permintaan ahli politik Perancis untuk mengembalikan Patung Liberty ke Perancis. Foto AP

WASHINGTON – Rumah Putih pada Isnin menolak permintaan ahli politik Perancis untuk mengembalikan Patung Liberty ke Perancis, lapor Xinhua.

“Sudah pasti tidak,” kata Setiausaha akhbar White House, Karoline Leavitt memberitahu taklimat akhbar yang disiarkan di televisyen, sebagai tindak balas kepada permintaan ahli Parlimen Eropah Perancis, Raphael Glucksmann.

“Nasihat saya kepada ahli politik Perancis yang tidak dinamakan itu adalah untuk mengingatkan mereka bahawa atas bantuan Amerika Syarikat, Perancis tidak bercakap Jerman sekarang,” kata Leavitt, seolah-olah merujuk kepada pakatan Amerika-Perancis semasa Perang Dunia II menentang Nazi Jerman.

Glucksmann pada Ahad berkata, beliau tidak fikir bahawa AS mewakili nilai-nilai Patung Liberty lagi dan menyeru agar ia dikembalikan ke Perancis.

Patung itu telah diumumkan secara rasmi pada 28 Oktober 1886 di New York, dihadiahkan kepada Amerika sebagai “simbol kebebasan, inspirasi, dan harapan,” menurut laman web rasmi monumen itu.

Patung itu, yang terletak di Pelabuhan New York, kemudiannya dilihat sebagai simbol sambutan oleh pendatang yang tiba melalui laut. Hari ini, ia adalah antara destinasi pelancongan utama di bandar raya New York. – Bernama-Xinhua

Scroll to Top