am@hmetro.com.my
Semporna: Sekurang-kurangnya 25 rumah di perkampungan atas air di Lorong 3, Kampung Simunul dekat sini, roboh, tengah hari tadi.
Difahamkan, kejadian kira-kira 12 tengah hari itu dipercayai berpunca akibat struktur rumah papan yang dihubungkan melalui jambatan kayu tidak kukuh dan uzur.
Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna Noorjali Masrah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.02 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati deretan rumah atas air di situ roboh.
“Setakat ini, berdasarkan pemantauan yang dijalankan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd