Ruhainies perli Bella bila kata tak pandai menangis depan kamera

Ruhainies perli Bella bila kata tak pandai menangis depan kamera

KUALA LUMPUR – Pengarah Michael Ang mendakwa pelakon Ruhainies sebenarnya sengaja menyindir Bella Astillah apabila mengeluarkan kenyataan kononnya tidak pandai berlakon dan menangis depan kamera,

Dia berkata, situasi tersebut menunjukkan industri hiburan tidak sama dengan realiti kerana membabitkan banyak ‘drama’.

“Dunia artis penuh kepura-puraan. Terimalah hakikatnya.

“Sebenarnya apa yang dia (Ruhainies) cakap itu cuma mahu perli Bella.

“Dalam industri kita memang konsep perli-memerli. Dia cuma perli Bella sahaja dengan kenyataan itu,” katanya dalam sebuah video di sini.

Pada masa sama pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu melepaskan geram terhadap penyanyi, Aliff Aziz yang disifatkan tiada perasaan bersalah terhadap semua perkara.

“Lelaki pula tersengih di sebelah. Makin menyampah pula dengan Aliff.

“Sebelum ini, aku tak menyampah sangat sebab biasalah jantan tidak pernah berubah.

“Lelaki biasalah ‘bebird’ berterbangan, selagi ada sangkar yang sanggup buka luas, dia masuklah,” selarnya terhadap ‘regu’ khalwat Ruhainies itu.

Sementara, Michael turut menempelak Aliff yang pernah melemparkan kata-kata kesat terhadap pihak media dalam media sosial ketika kontroversinya ditangkap khalwat bersama Ruhainies mula menjadi bualan hangat, Mac lalu.

“Dalam media sosial cakap wartawan ‘b*b*’ tetapi jumpa depan-depan boleh berterima kasih pula (kepada media),” jelasnya.

Kelmarin, Ruhainies menyangkal dakwaan tidak sensitif hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar sebaliknya mengakui sangat gembira bertemu pengamal media yang mendapat kecaman netizen.

Mereka berdua hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium ibu negara pada 9 Mac lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pelakon terbabit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh 17 Oktober depan untuk prosiding seterusnya.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang. – MalaysiaGazette