Ruhainies Kekal Tenang, Gembira Dapat Jambangan Bunga Balik Dari Mahkamah | Oh! Media

Ruhainies Kekal Tenang, Gembira Dapat Jambangan Bunga Balik Dari Mahkamah | Oh! Media

Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik gambar bersama jambangan bunga yang diterimanya selepas prosiding kes khalwat dengan aktor, Aliff Aziz.

Dalam hantaran di Instagram Story itu, Ruhainies yang masih memakai jubah dan tudung dilihat tersenyum manis menghargai kejutan istimewa tersebut.

ruhainies

Walaupun bertindak mengunci mulut mengenai prosiding khalwat yang berlangsung, Ruhainies dilihat tenang dan sempat memuat naik selfie untuk hari ini.

ruhainies

Terdahulu, Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz membenarkan perbicaraan kes khalwat melibatkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies ditangguhkan kepada 20 dan 27 Februari tahun depan.

Mahkamah juga membenarkan Aliff menggantikan penjamin baru kerana penjamin sebelumnya (adik Ruhainies) menarik diri.


Scroll to Top