Baru-baru ini, perkongsian pelakon sensasi Ruhainies menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya bersama sebuah kereta mewah.
Menerusi perkongsian itu, Ruhainies dilihat mengenakan baju dan seluar berwarna merah jambu serta memberitahu tidak akan menghabiskan tenang melayan perkara itu sepatutnya.
BACA: Aliff Aziz Puji Ruhainies Bersinar Bak Matahari
Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz dilihat ada meninggalkan komen tiga emoji pada hantaran berkenaan. Malah, komen Aliff itu turut dibalas oleh Ruhainies dengan tiga emoji hati berwarna merah.
Sementara itu, diruangan komen ada yang bertanyakan kepada Aliff sama ada mereka menjalin hubungan cinta atau tidak dan bila akan berkahwin.
Komen individu itu dibalas oleh Ruhainies yang menjawab belum lagi serta berseloroh mengatakan mahu memikirkan terlebih dahulu.