Ruang angkasa Pasir Gudang ‘berwarna-warni’

Ruang angkasa Pasir Gudang ‘berwarna-warni’

PASIR GUDANG: Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25 di Bukit Layang-Layang, dekat sini mendapat sambutan meriah daripada orang ramai.

FLLSPG yang bertema ‘Layangkasa Dinamik’ yang berlangsung lima hari bermula 22 Februari lalu disertai lebih 700 pelayang tempatan dan antarabangsa termasuk dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Austria, Republic Czech, New Zealand dan Tahiti.

Pelbagai bentuk, warna dan saiz layang-layang diterbangkan untuk menghiasi ruang angkasa Bukit Layang-Layang.

FLLSPG adalah anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan Majlis Pelayang Malaysia (MPM) dengan kerjasama Tourism Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKNNJ) serta Persatuan Pelancongan Pasir Gudang.

Pihak penganjur menjangkakan kira-kira 350,000 pengunjung dari dalam negara dan luar negara berkunjung ke Pasir Gudang sempena festival kali ini.

FLLSPG yang mula diperkenalkan pada tahun 1995 adalah acara tahunan berprestij selain disenaraikan dalam kalendar pelancongan Johor. – UTUSAN

Scroll to Top