Kuala Lumpur: Pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor melakukan ‘kerja gila’ apabila berbuka puasa di atas platform papan iklan gergasi, di Jalan Kebun, Shah Alam, semalam.
Menerusi hantaran di TikTok rasmi rangkaian pasar raya ST Rosyam Mart, Rosyam mengambil masa beberapa minit untuk memanjat papan iklan gergasi itu.
“Kau orang buka puasa di mana? Kat rumah? Huh! Lemau,” katanya yang berbuka puasa dari awangan sambil menikmati panorama senja menghadap cawangan baharu pasar raya itu.
Rata-rata, netizen meninggalkan komen mencuit hati dan memanggil Rosyam dengan panggilan Iman, nama watak yang dilakonkannya dalam drama bersiri Keluarga Itu.
“Kau duduk atas situ jangan turun-turun Iman,” tulis satu netizen.
© New Straits Times Press (M) Bhd