Rossa tampil dengan konsert ‘Here I Am’ di Axiata Arena

Rossa tampil dengan konsert ‘Here I Am’ di Axiata Arena

Ratu Pop Indonesia, Datuk Seri Rossa bakal tampil dengan konsert ‘Here I Am’ di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025.

Rossa tampil dengan konsert ‘Here I Am’

Ia susulan kejayaan jelajah konsertnya di tiga buah negara selama dua tahun berturut-turut melalui ‘Rossa 25 Shining Years (2022)’ dan ‘Another Journey: The Beginning (2023)’ yang menarik lebih 80,000 penonton.

konsert 'Here I Am'

Konsert yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama Sah Entertainment itu mendapat sokongan Maybank sebagai rakan strategik perbankan.

konsert 'Here I Am'

“Konsert ‘Here I Am’ ini akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza berbanding sebelum ini kerana melibatkan banyak kolaborasi, kejutan dan konsep yang saya yakin pasti buatkan semua teruja.
“Kenapa saya menamakan ‘Here I Am’ sebagai tajuk konsert? Ini kerana ia menggambarkan perjalanan kerjaya yang telah membawa saya sejauh ini.
“Ia menjadikan siapa diri saya pada hari ini, berapa banyak album termasuk lagu hits dihasilkan, penghargaan serta anugerah yang diterima, termasuk konsert-konsert solo saya,” katanya.

Artikel lain: “Assalamualaikum!”- SUPER JUNIOR-D&E WORLD TOUR : ECLIPSE in Kuala Lumpur 2025 kembali ubati rindu peminat

Penganjuran konsert tersebut bukan bersifat komersial semata-mata, malah dia bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan dan kebajikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin.

“Penganjuran konsert berkenaan akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya dan PRIHATIN untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali pula.

konsert 'Here I Am' konsert 'Here I Am'

Tiket konsert ‘Here I Am’ yang berharga antara RM228 hingga RM788 boleh dibeli di www.ticket2u.com, dengan pemegang kad Maybank menikmati diskaun istimewa 10% semasa pra-jualan dari 14 hingga 15 Februari 2025.

Konsert ‘Here I Am’ turut bakal diadakan di Indonesia dan Singapura, dengan persembahan di Singapura dijadualkan pada penghujung tahun 2025.

Scroll to Top