Rosie, kucing tertua dunia mati pada usia 33 tahun

Rosie, kucing tertua dunia mati pada usia 33 tahun

London: Kucing tertua di dunia yang diberi nama Rosie dilaporkan sudah mati, baru-baru ini.

New York Post melaporkan, penjaganya, Lila Brisset mengucapkan selamat tinggal kepada Rosie

Kucing itu mati pada usia 33 tahun, di rumah Lila di Norwich, United Kingdom (UK).

Rosie dilahirkan pada 1991 dan memegang gelaran tidak rasmi sebagai kucing tertua di dunia.

Ia sekali gus mengatasi rekod Flossie iaitu kucing berusia 28 tahun di Kent, England.

Jun lalu, Rosie berusia 33 tahun dan meninggal dunia pada usia yang bersamaan dengan 152 tahun bagi manusia.

“Saya sangat merinduinya. Rosie tidak begitu sihat dan pada suatu hari hanya masuk ke lorong rumah, berbaring dan kemudian mati.

“Banyak kenangan indah dan saya gembira kami mempunyai masa bersama, kata Lila memelihara Rosie sebagai ‘anak angkat’ ketika ia masih kecil,” kata Lila seperti dilaporkan New York Post.

Selepas dibiarkan dibebaskan di luar rumah, Rosie tidur berhampiran tingkap ketika akhir hayatnya,

Setakat ini, Creme Puff dari Austin, Texas secara rasmi memegang rekod sebagai kucing tertua yang pernah hidup.

Creme Puff dilahirkan pada 3 Ogos 1967 dan mati tanggal 6 Ogos 2005 pada usia 38 tahun tiga hari.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top