Ronaldo, Georgina dah kahwin?

Ronaldo, Georgina dah kahwin?

London: Cristiano Ronaldo memberi bayangan dia sudah berkahwin apabila menyebut teman wanitanya selama ini Georgina Rodriguez sebagai ‘isterinya’.

Ikon bola sepak berusia 39 tahun itu menjadi pasangan Georgina sejak 2016 sehingga mempunyai dua anak manakala Georgina juga menjadi ibu tiri kepada tiga lagi anak Ronaldo.

Kedua-duanya masih belum mengumumkan perkahwinan mereka. Namun Ronaldo memberi petanda dia dan Georgina akhirnya sah sebagai suami dan isteri dalam satu majlis rahsia.

Ia selepas bekas bintang Manchester United itu memperkenalkan ‘isterinya’ dalam saluran YouTube terbarunya iaitu Georgina.

Situasi terbabit pantas mendapat respon peminat di media sosial dengan seorang daripada mereka berkata: “Cara dia memanggil dia ‘my wife’ >>>” manakala peminat yang lain berkata: “Dia kata ‘isteri saya, Gio’.”

Spekulasi perkahwinan mereka turut diperkuatkan selepas Ronaldo dan Georgina kedua-duanya memakai cincin dalam video itu.

Ronaldo melancarkan saluran YouTube terbarunya semalam dan dalam masa hanya 45 minit saluran itu mendapat 342,000 pelanggan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top