Rokok seludup RM5.5 juta ditemukan dalam ladang kelapa sawit

Rokok seludup RM5.5 juta ditemukan dalam ladang kelapa sawit

am@hmetro.com.my

Beluran: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya membongkar tempat penyimpanan rokok seludup yang berselindung dalam kebun kelapa sawit di Kampung Botition, di sini, semalam.

Rampasan yang dijalankan Unit Gempur PPM Wilayah Empat Sabah menemukan 26 jenis rokok dengan jumlah keseluruhan termasuk cukai RM5.5 juta yang disembunyikan di dalam sebuah rumah tidak bernombor.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis rokok yang disyaki tidak bercukai di dalam rumah berkenaan.

“Beberapa kotak ditemui dan terdapat 26 jenis rokok yang berjaya dirampas.

“Pemeriksaan lanjut pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki dewasa warga Filipina,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan rokok seludup dianggarkan bernilai RM5,568,00.

“Semua barangan rampasan kemudiannya dibawa Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top