Rokok punya angkara, tauke kedai didenda RM1,000

Rokok punya angkara, tauke kedai didenda RM1,000

am@hmetro.com.my

Seremban: Pengusaha restoran di Seremban didenda RM1,000 selepas gagal memastikan premis miliknya bebas daripada aktiviti merokok.

Pemilik premis berusia 52 tahun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah dalam perbicaraan dijalankan di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini, tadi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati gagal memastikan tiada perokok yang merokok di dalam premis miliknya.

Kesalahan itu dilakukan pada 3 September 2024 di premis terletak di Taman Pemai 3,Seremban.

Oleh yang demikian, tertuduh sebagai pemilik premis didapati melakukan kesalahan mengikut sub peraturan 12(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut sub peraturan 12(3) peraturan yang sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban Vivig Dinesh Vigane Swaran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam hujahnya, pendakwaan mahu pemilik atau orang yang menjaga premis memastikan tiada orang merokok supaya pelanggan dapat makan dengan selesa dan ia juga sebagai usaha untuk mecegah perokok pasif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top