Robot swapandu dari China bantu kesan mangsa tanah jerlus?

Robot swapandu dari China bantu kesan mangsa tanah jerlus?

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat dipercayai akan menggunakan peralatan Robot swapandu dari China pada malam ini dalam usahanya mengesan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Utusan Malaysia difahamkan, robot berkenaan mempunyai gabungan teknologi ‘kamera push rod’ dan ‘crawler’ yang digunakan sebelum ini.

Peralatan dari China ini ditawarkan secara percuma oleh pihak swasta kepada pasukan SAR untuk membantu usaha SAR dan akan digunakan pada malam ini

Penggunaan peralatan berkenaan oleh pasukan SAR akan dapat melihat imej yang lebih jelas mengenai sisa sampah dan backlog yang menyebabkan saluran dikawasan pencarian tersumbat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan usaha SAR dengan kaedah penyelaman adalah terlalu berisiko.

Ia susulan faktor risiko yang dikenal pasti ialah aliran air bawah tanah yang deras; ruang yang sempit untuk pasukan penyelamat dan sisa-sisa sampah serta backlog yang keras di kawasan carian.

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran. –UTUSAN