Sebut sahaja ‘Gadis Trivago’ terus teringat iklan aplikasi percutian yang sangat popular suatu ketika dulu.
Dahlia Shazwan, wajah yang sering muncul di kaca televisyen setiap kali iklan tersebut disiarkan.

“Hotel? Trivago” inilah tagline popular Dahlia Shazwan sehingga menjadi ikutan ramai.
Setelah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, pemilik nama penuh Dahlia Shazwan Mohd Amin ini ‘berhijrah’ secara perlahan-lahan dengan berhijab.
Kisah penghijrahan itu turut dikongsi Dahlia Shazwan menerusi saluran YouTube miliknya.
Kini, Dahlia aktif sebagai pengacara dan penerbit.


Jiwa Fesyen
Biarpun berhijab tetap tidak menghalang Dahlia Shazwan untuk berfesyen.
Ibu anggun berusia 36 tahun ini lebih selesa memilih gaya Muslimah yang ringkas dan longgar tetapi stylish.

Begitu juga dengan gaya hijabnya yang mudah serta sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis outfit yang kebanyakannya terdiri daripada warna-warna natural.
Hijabista kongsikan penampilan terkini Dahlia Shazwan.







BACA JUGA: “Usah Bertangguh Untuk Berubah, Jangan Tunggu Dapat Seru Mahupun..” – Dahlia Shazwan
The post Ringkas Tapi Stylish, Gaya ‘Gadis Trivago’ DAHLIA SHAZWAN Sering Jadi Ikutan appeared first on Hijabista.