Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Adam Razak meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap datuknya yang telah dijatuhkan hukuman penjara.
Anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa menerusi laman Instagram memaklumkan, cahaya mata sulungnya itu hadir bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Menerusi satu hantaran foto, kanak-kanak berusia lima tahun itu dilihat memegang sehelai kertas dengan tulisan “I miss and love you 1000 million times Grandpa”.
Pada ruangan kapsyen, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Gina turut berkongsi dialog ketika menjawab beberapa soalan anaknya secara positif.
Adam bertanya sekiranya mereka pergi ke pejabat (mahkamah) datuknya, tetapi berasa hairan mengapa kelihatan beberapa orang lelaki (pihak berkuasa) memegang senjata.
Adam: “Are we going to Grandpa’s office Mummy?” (Adakah kita pergi ke pejabat Datuk, ibu?)
Yana: “Yes, Adam….” (Ya, Adam)
Adam: “Why so many uncles with big guns near Grandpa?” (Kenapa ramai pakcik memegang senjata berada dekat dengan Datuk?)
Yana: “Because the uncles don’t want anything to happen to him, honey…” (Kerana mereka tidak mahu perkara buruk berlaku pada Datuk, sayang)
Hari ini, Najib mengikuti perbicaraan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.
Terdahulu, beliau dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Sumber: Instagram Yana Najib