Richard Rios dalam radar Man United

Richard Rios dalam radar Man United

LONDON – Pemain tengah Colombia, Richard Rios dilaporkan menjadi sasaran  perpindahan terbaru Manchester United, lapor Caught Offside.

Menurut laporan itu, United  sedang menyediakan dana sebanyak £17 juta pound untuk mendapatkan Rios.

Perkara ini turut didedahkan oleh wartawan Rudy Galetti menerusi media sosial X.

“Manchester United baru-baru ini telah mendekati Richard Rios dan kini sedang menyediakan tawaran 17 juta pound untuk Palmeiras,” ujar Galetti di media sosialnya.

Rios yang berusia 24 tahun merupakan sebahagian daripada skuad Colombia yang telah berjaya mara ke perlawanan akhir Copa America 2024.

Kejayaannya membawa pasukan kebangsaan Colombia ke final Copa America 2024 antara faktor yang menarik perhatian United.

Richard Rios menyertai Palmeiras pada Mac 2023 dan telah membuat 82 penampilan untuk kelab itu dan menjaringkan lima gol. – Agensi