Ribut: 15 kes pokok tumbang dalam tempoh 24 jam di Sik

Ribut: 15 kes pokok tumbang dalam tempoh 24 jam di Sik

am@hmetro.com.my

Sik: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima 15 kes pokok tumbang sehingga menghalang jalan merosakkan talian di beberapa kawasan di daerah ini disebabkan ribut yang melanda sejak semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, dalam kejadian ribut semalam, tiga rumah dibadai ribut dan 5 rumah dihempap pokok petang semalam

Beliau berkata, hujan sekejap-sekejap bermula awal pagi hari ini menyebabkan berlaku lebih banyak kes pokok tumbang berikutan struktur tanah yang basah dan lemah.

“APM juga dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau paras air sungai utama di daerah Sik berikutan cuaca hujan sejak awal pagi.

“Paras semasa air Sungai Chepir di Mukim Sik berada pada tahap waspada,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang awam di Sik menghubungi APM di talian 010-8177991 atau talian kecemasan 999 jika terdapat sebarang kes kecemasan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top