Riak Wajah Fikry Ibrahim Masa Nikah Jadi Perhatian

Riak Wajah Fikry Ibrahim Masa Nikah Jadi Perhatian

Pelakon terkenal, Fikry Ibrahim mengejutkan ramai apabila diam-diam menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dah nikah!

Video sekitar majlis akad nikah Fikry tular di TikTok, memperlihatkan pasangan ini mengenakan busana serba putih di sebuah masjid.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen bukanlah keindahan majlis tersebut, tetapi ekspresi wajah Fikry yang tampak ‘kosong’ dan tidak ceria seperti pengantin lain.

Seperti yang semua tahu, Fikry dikenali dengan sifat humor dan lawaknya yang mencuit hati. Tetapi pada hari istimewanya ini, dia kelihatan serius dan tidak menunjukkan sebarang emosi keterujaan seperti pengantin baru lain.

Netizen mula membuat pelbagai spekulasi di ruangan komen. Ada yang bergurau bahawa Fikry ‘terpaksa’ bernikah manakala yang lain menyatakan mungkin dia sedang berdebar atau fokus dalam majlis tersebut.

Bagaimanapun, pemilik akaun TikTok yang memuat naik video itu segera menepis dakwaan netizen bahawa Fikry berkahwin dalam keadaan terpaksa.

Menurutnya, Fikry dan isterinya sudah lama berkenalan, malah pelakon itu sendiri yang menguruskan majlis dari awal hingga akhir.

fikry ibrahim

Tambahnya lagi, majlis pernikahan Fikry memang dirancang secara kecil-kecilan atas sebab tertentu, namun semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada Khalizah Alihan, pada Rabu. Majlis nikah berlangsung di kampung halaman Fikry di Jitra, Kedah.

#ApaKataOhmedia

Tak semua perkara perlu dihebahkan kepada umum, terutamanya soal peribadi. Mungkin Fikry orang yang sukakan privasi kan? Lagi pula, janganlah menghakimi berdasarkan reaksi luaran je. Mana tahu dalam dada macam nak meletup sebab berdebar-debar. Doakan yang terbaik buat pasangan ini


Scroll to Top