Baru-baru ini, tular di media sosial kes pergelutan di antara penjual belon dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
BACA: Tergempar! Rupanya Abang Belon Ada 13 Rekod Jenayah Lampau
Pergelutan ketika proses penyitaan barang menyebabkan peniaga belon mengalami kecederaan serius.
Abang Belon berisiko lumpuh akibat cedera pada tulang belakang
Terbaru, Sinar Harian melaporkan Muhammad Zaimuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ disahkan mengalami kecederaan serius pada bahagian saraf tulang belakang.

Lebih mengejutkan, kecederaan ini berisiko menyebabkan beliau lumpuh seumur hidup. Pegawai Perubatan Swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran berkata, Abang Belon mengalami retak pada tulang belakang jenis ‘T12 compression’ yang menekan saraf utama di antara kawasan T11 hingga L1.
Jelasnya, tekanan yang berlaku boleh mengakibatkan kelumpuhan sekiranya tidak dirawat segera dan dengan betul.
Apabila tulang retak, ruang kosong akan terbentuk antara T11 dan L1, menyebabkan ketidakseimbangan pada struktur tulang belakang. Keadaan ini boleh menyebabkan saraf terhimpit dan cedera. Jika tidak dirawat dengan betul, kecederaan ini berpotensi menyebabkan kelumpuhan.
Dr Hafidz turut menjelaskan ruang kosong antara tulang akibat retakan tersebut boleh mengganggu struktur tulang belakang secara keseluruhan dan menyukarkan pergerakan jika tidak dikawal dari awal.
Risiko komplikasi lain yang berlaku

Komplikasi lain yang mungkin berlaku akibat kecederaan tersebut termasuklah ‘rectum incontinence’ iaitu keadaan di mana seseorang tidak mampu mengawal pembuangan air besar.
Semoga pemakaian ‘cast’ untuk menyokong tulang belakang dapat membantu proses pemulihannya dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Tambahnya, Abang Belon sepatutnya menjalani pembedahan hernia pada 18 April ini, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan kecederaan pada tulang belakang.
Dalam nota discaj hospital, turut dilampirkan sijil cuti sakit selama 48 hari, menandakan beliau tidak mampu bekerja buat masa ini.
Terdahulu, Abang Belon tampil membuat laporan polis di IPD Dang Wangi selepas tujuh hari dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat kecederaan serius.
