Restoran Sisik tawar 150 hidangan, jadi lokasi berbuka menarik

Restoran Sisik tawar 150 hidangan, jadi lokasi berbuka menarik

SHAH ALAM: Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Restoran Sisik menawarkan lebih 150 hidangan yang penuh citarasa, menjadikannya pilihan utama untuk berbuka puasa.

Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, berkata kejayaan restoran ini yang terus dikenali ramai sejak beroperasi di Klang pada 2011, dan kemudian berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu, membuktikan bahawa setiap hidangan di Sisik memiliki tempat di hati penggemar setianya.

Katanya, Sisik Royal Buffet yang akan dibuka pada 4 Mac ini, menawarkan harga istimewa RM89 untuk mereka yang membuat tempahan lebih awal sebelum 12 Februari.

“Sisik kini memasuki tahun kedua beroperasi di Kelab Darul Ehsan, dan kali pertama kami menawarkan pakej buffet berbuka puasa setelah permintaan yang menggalakkan. Pada Ramadan 2023, kami hanya menerima tempahan awal.

“Namun kali ini kami ingin memudahkan pelanggan dengan lokasi yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tempat parkir luas, surau, dan tandas. Dengan kapasiti ruang hingga 400 pelanggan, termasuk bilik berhawa dingin, kami ingin memberi keselesaan yang terbaik,” ujarnya.

Antara menu yang bakal memikat ‘perut’ pengunjung adalah ikan patin masak tempoyak durian segar yang menggugah selera, ikan bakar, kambing gril, gulai kawah, daging salai lemak, udang dan sotong goreng tepung, serta nasi kenduri.

Tambah Noralinda, di Sisik, tradisi ikan bakar di mana tukang masak yang berpengalaman menggril makanan laut di depan mata menjadi antara daya tarikan utama sempena bulan puasa kelak.

“Antara hidangan istimewa yang lain adalah nasi kenduri dengan ayam merah yang menyelerakan, jelatah segar, lauk pauk Melayu yang penuh rasa, aneka sambal yang pedas berapi, serta mi seperti laksa dan takoyaki. Tidak ketinggalan, kuih muih tradisional Melayu, kek, dessert manis, bubur, dan rojak buah turut menyemarakkan meja manisan, memberi kelazatan dalam setiap suapan.

Kongsi Noralinda juga, meskipun bermula dengan jualan RM12 pada tahun pertama, semangatnya tidak pernah padam. Kini, dengan usaha keras bersama pasukan Sisik, mereka berjaya mencapai purata jualan harian sekitar RM30,000.

Bagi mereka yang ingin menikmati harga early bird RM89 (berbanding harga asal RM119 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak), layari www.sisikikanbakar.com untuk membuat tempahan.

Scroll to Top