Reman suami isteri proses air ketum disambung 2 hari lagi

Reman suami isteri proses air ketum disambung 2 hari lagi

am@hmetro.com.my

Balik Pulau: Perintah reman terhadap pasangan suami isteri disyaki terbabit dengan pemprosesan air daun ketum di Bayan Lepas dekat sini, dilanjutkan selama dua hari lagi.

Majistret Chia Huey Ting membenarkan reman kedua-dua suspek yang berusia 37 dan 35 tahun itu dilanjutkan bermula esok hingga Ahad.

Sebelum ini media melaporkan pasangan itu direman selama empat hari berakhir hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan mengenai penahanan lelaki berkenaan bersama isteri keduanya itu di sebuah rumah teres dekat Lintang Bayan 6, Bayan Lepas.

Rumah yang disewa itu dipercayai dijadikan lokasi pemprosesan air ketum susulan penemuan peralatan masak dan 600 bungkusan air ketum.

Turut ditemukan adalah sebanyak 71 senjata berbahaya seperti kerambit, keris, pedang samurai dan ‘machine gun’ tiruan serta beberapa jam tangan berjenama di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top