am@hmetro.com.my
Alor Setar: Remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai hilang dan tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.
Menurut Facebook (FB) Polis Kota Setar, remaja terbabit, Nur Syasya Zulaikha Ahmad Rozaimee dilaporkan hilang pada 5 April lalu.
Remaja itu berkulit hitam manis dengan ketinggian 150 sentimeter (sm) dan berat 44 kilogram (kg).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung remaja itu boleh menghubungi 013-9630772 (Sarjan Syahidah) atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar 04-7747222 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di talian 04-7741222.
© New Straits Times Press (M) Bhd