T kini menukar penampilannya seperti remaja lelaki. – Foto Agensi
JAKARTA – Media sosial kecoh dengan kisah seorang remaja perempuan di Cibungbulang, Bogor, Jawa Barat yang didakwa mengalami perubahan kelamin menjadi lelaki.
Detik.com pada Sabtu melaporkan ibu bapa remaja dikenali sebagai T berusia 14 tahun tersebut hanya mengetahui mengenai hal itu setelah berasa curiga kerana anak mereka masih belum datang haid.
Orang tuanya yang dikenali sebagai S memberitahu, anaknya secara tiba-tiba mempunyai zakar dan baru memaklumkan kepada mereka beberapa bulan lalu.
“Kami kemudiannya membawa T untuk pemeriksaan lanjut dan bertemu beberapa pakar,” ujarnya sambil menambah T sudah menunjukkan karakter lelaki sejak berada di sekolah dasar (SD) malah dia aktif bermain bola sepak dan futsal.
Sejurus disahkan doktor tentang jantina T, dia kini mula menjalani aktiviti harian seperti seorang remaja lelaki termasuk memotong pendek rambutnya.
Jelas S, anaknya bakal menjalani pembedahan, namun perlu menjalani ujian kromosom terlebih dahulu. – Agensi