Remaja OKU, Erma Fatima Sudah Tiga Minggu Hilang, Ibu Rayu Pulangkan Anak Sulungnya | Oh! Media

Remaja OKU, Erma Fatima Sudah Tiga Minggu Hilang, Ibu Rayu Pulangkan Anak Sulungnya | Oh! Media

Seorang remaja OKU, Erma Fatima Shamsul Bahari, 17, dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu ketika berada di sebuah kedai makan berhampiran kawasan rekreasi Batu Buruk, Terengganu.

Kehilangannya berlaku pada 25 Oktober lalu dan sehingga kini keluarganya masih buntu mencari keberadaannya.

Ibu rayu Erma Fatima pulang ke pangkuan…

Menurut ibu Erma, Roslina Mat Yousop, 40, ini merupakan kali ketiga anak sulungnya hilang, tetapi kali ini tempohnya lebih lama berbanding sebelum ini. Dia percaya anaknya masih hidup, namun mungkin berada di bawah jagaan seseorang.

Saya dan suami telah mencari di seluruh Terengganu, malah cuba menggunakan kaedah perubatan tradisional, tetapi semuanya menemui jalan buntu.- Kata Roslina.

Sifat Erma Fatima yang mudah percaya orang

Roslina menjelaskan bahawa Erma, seorang remaja lembam, mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali.

Kali terakhir Erma dilihat, dia memakai tudung jenama Adidas, baju, dan seluar berwarna hitam.

Saya harap, kalau benar dia diculik, pulangkanlah dia ke pangkuan keluarga. Kami sangat rindukan dia.- Tambahnya.

Polis masih jalankan siasatan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, memaklumkan bahawa siasatan kes ini masih diteruskan, namun tiada perkembangan baharu setakat ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk segera melaporkannya kepada pihak berkuasa atau menghubungi keluarga Roslina di talian 014-9035176.

#OhmediaNasihat

Kehilangan ahli keluarga adalah ujian besar, lebih-lebih lagi melibatkan seorang anak. Sebagai masyarakat, kita boleh membantu dengan menyebarkan maklumat penting agar usaha menjejaki Erma Fatima dipermudahkan. Jangan lupa, jika anda mempunyai maklumat, hubungi balai polis terdekat!


Scroll to Top