Remaja lari tanpa pakaian ada masalah mental – Polis

Remaja lari tanpa pakaian ada masalah mental – Polis

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Remaja lelaki yang berlari dalam keadaan bogel di Simpang Tiga Persiaran Kayangan, Seksyen 8 di sini, hari ini disahkan mengalami gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, remaja berusia 18 tahun itu ditahan kira-kira 8.30 pagi.

“Selepas dipujuk serta ditenangkan, remaja lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 dan diberikan pakaian.

“Remaja ini didapati hanya boleh berinteraksi menggunakan isyarat tangan dan dia menulis nombor telefon individu yang boleh dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, sebaik dihubungi, bapa saudara kepada remaja terbabit hadir dan memaklumkan anak saudaranya tinggal bersamanya di Seksyen 9 di sini.

“Menurutnya, anak saudaranya mengalami masalah gangguan mental dan sebelum ini mendapatkan rawatan Psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Remaja berkenaan sudah diserahkan kepada bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam,” katanya.

Terdahulu, tindakan remaja lelaki berkenaan yang berlari dalam keadaan bogel mengejutkan pengguna jalan raya yang melalui lokasi dia ditemui dan tular di media sosial.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top