Remaja hilang 7 hari, kali terakhir mesej adik nak pinjam RM1,000

Remaja hilang 7 hari, kali terakhir mesej adik nak pinjam RM1,000

am@h.metro.com.my

Pontian: Remaja lelaki yang keluar dari kediamannya di Kampung Parit Bachok, Jalan Parit Ismail, Benut, di sini, sejak tujuh hari lalu, tidak pulang ke pangkuan keluarganya hingga kini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu remaja itu jam 8.16 malam pada 20 Oktober lalu.

Katanya, difahamkan kira-kira 7.30 pagi, 18 Oktober lalu, anak sulung dari dua beradik itu meminta kebenaran daripada ibunya keluar ke pekan Benut untuk membeli barang dengan menunggang motosikal Yamaha Lagenda bernombor pendaftaran JQH 5586.

“Orang Hilang (OH) ini dikenali Mohammad Sallehuddin Abdullah berusia 17 tahun yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjung Benut yang berhenti sekolah pada awal Januari lalu.

“Turut difahamkan, OH menjawab mesej daripada adik perempuannya jam 12.30 tengah hari pada 20 Oktober untuk meminjam duit sebanyak RM1,000.

“Polis sedang giat mengesan OH dan sekiranya orang ramai menemuinya boleh menghubungi Sarjan Mohamad Fitri (Bahagian Siasatan Jenayah) di talian 011-11903688 atau di mana -mana balai polis yang berdekatan, ” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top