redONE Mobile tawar promosi rebat akhir tahun dengan internet 5G

redONE Mobile tawar promosi rebat akhir tahun dengan internet 5G
redONE Mobile tawar promosi rebat akhir tahun dengan internet 5G

Pelanggan boleh nikmati data tanpa had serendah RM38 sebulan dengan pelan pascabayar 5G redONE.

PENGENDALI Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara, redONE Mobile telah melancarkan Kempen Promosi Rebat Besar yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024 selain pelanggan dapat menikmati kelajuan pelan internet pascabayar 5G terpantas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, promosi tersebut adalah peluang terbaik bagi pelanggan baharu yang ingin menikmati pelan pascabayar 5G dengan harga menjimatkan dan ingin beralih ke redONE Mobile.

Menurutnya, pengguna baharu kini berpeluang menikmati rebat bil sebanyak RM10 selama enam bulan pertama untuk langganan mereka ke pelan 5G Posptaid48 atau 5G redPLAN48.

“Seramai 1.2 juta pengguna telah menikmati pelbagai penjimatan melalui langganan ke redONE Mobile.

“Melalui langganan pelan 5G Postpaid48 atau 5G redPLAN48, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati kelajuan internet 5G tanpa had yang luar biasa pada liputan rangkaian terluas, tetapi juga penjimatan yang signifikan pada bil bulanan mereka.

“Rebat bil bernilai RM10 akan diberikan secara eksklusif melalui aplikasi redONE 1App dan pelanggan perlu menebus rebat ini dalam tempoh satu hingga 15 hari bulan setiap bulan bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menikmati penjimatan bil hebat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, menurut Ameen, pelanggan yang mendaftar pelan 5G redPLAN48 juga berpeluang untuk memiliki telefon pintar percuma selepas enam bulan, hanya dengan menambah talian atau menaik taraf melalui pelan loyalti redONE Mobile.

Tambah beliau, redONE Mobile sentiasa memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kepada pelanggan melalui pelbagai promosi.

“Melalui kempen ini, kami berharap dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman 5G yang luar biasa pada harga yang lebih murah.

“Kami percaya ini juga peluang terbaik bagi pelanggan baharu dan mereka yang ingin beralih ke pelan pascabayar 5G dan pada masa yang sama menikmati penjimatan signifikan,” katanya.

Scroll to Top