Sebelum ini, nama Hannah Delisha dan suamianya Imam Shah menjadi sebutan hangat warganet selepas perkahwinan mereka didakwa tidak mendapat restu aktres tersebut.
Namun selepas dua minggu, nampaknya isu berkenaan telah reda apabila aktres berusia 25 tahun itu memohon maaf kerana terpalit dengan kontroversi selain si ibu juga tidak mengeluarkan kenyataan baharu.
Ketika orang ramai fokus mengenai isu artis lain, Imam memuat naik video pendek di laman Twitter memaparkan wajah cantik isterinya sehingga mengundang perhatian ramai.
Haisss.. 😍 pic.twitter.com/iu7UPWeBVR
— imam shah (@imamemy) March 20, 2021
Walaupun rakaman itu hanya berdurasi dua saat, kapsyen ditulis aktor Singapura itu seolah-olah sangat terpegun dengan kecantikan Hannah dengan disertakan emoji berbentuk ‘penuh kasih sayang’.
Posting tersebut menerima lebih 26,000 tanda suka dan diulang kicau hampir 4,700 kali daripada pengguna Twitter.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen ‘cair’ melihat senyuman manis akters drama Tercipta Satu Ikatan itu yang tetap berjaya menawan hati mereka walaupun sudah bergelar isteri orang.
Difahamkan, itu adalah video pertama dikongsi Imam yang memaparkan isterinya kepada umum setelah mereka mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Sumber: Twitter @imamemy