Rebecca Nur Al-Islam menangis, doa nak rasa hujan lebat depan Kaabah dimakbulkan

Rebecca Nur Al-Islam menangis, doa nak rasa hujan lebat depan Kaabah dimakbulkan

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam menangis menangis apabila doanya mahu merasai hujan lebat penuh rahmat di depan Kaabah dimakbulkan.

Rebecca meluahkan rasa sebak, terharu dan kata-kata tidak terhingga menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Rebecca Nur Al-Islam menangis

Ibu kepada sembilan cahaya mata berkata, dirinya berdoa mahu merasai hujan ketika melakukan pusingan tawaf keempat.

Namun, dia sendiri tidak menyangka doanya dimakbulkan ketika melakukan pusingan tawaf keenam sehingga gagal mengawal rasa sebak.

“Pusingan keempat semasa tawaf saya berdoa dekat Allah SWT, saya teringin sangat nak merasa hujan lebat, hujan rahmat di depan Kaabah.
“Allahuakbar, macam tak percaya pusingan keenam tawaf tetiba sahaja hujan lebat selebat-lebatnya. Allahuakbar (emoji menangis).
“Sedih sangat tak dapat kawal keadaan saya,”tulisnya pada ruangan hantaran di Instagram.

Artikel lain: Miliki keluarga besar, Rebecca dedah 50kg beras untuk dua minggu pun tak cukup!

Rabecca juga meminta maaf kerana dirinya gagal mengawal kesedihan apabila doanya didengari oleh-Nya.

Di kesempatan itu, dia juga berharap agar Allah SWT memakbulkan semua doanya dan umat Islam yang turut berdoa di dalam hujan.

“Makbulkanlah dan angkatlah doa kami ke Arasy Mu Ya Rabbi,”doanya.

Sumber: Instagram rebeccanuralislamahmad