Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsikan dia memuat naik gambar keluarga selepas empat bulan abangnya bernikah dengan kakak iparnya iaitu Bonda Rozita.
Memetik temu bual bersama Astro Gempak, Rebecca berkata niatnya ketika itu hanya mahu menyambuat kedatangan orang baru dalam keluarganya.
BACA: Shahida Nafi Aliff Syukri Berkawan Baik Dengan Rebecca
@buletin.tiktok Part 1 . Credit youtube astrogempak #fyp #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #gosip #rebecca #bondarozitaibrahim #aliffsyukri
? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Malah, Rebecca berkata dia sangat bangga apabila Bonda Rozita menjadi kakak iparnya apatah lagi wanita itu merupakan seorang usahawan berjaya.
“Hampir empat bulan mereka nikah, barulah saya sebagai adik kongsi foto mereka, bukan gambar Bonda tapi gambar keluarga.
“Tapi gambar itu pun dikongsi selepas saya nampak Bonda Rozita muat naik gambar dia dan suami di Mekah. Niat saya kongsi gambar hanyalah mahu menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga.
“Tujuan saya baik. Tiada niat apa pun. Saya bangga Bonda jadi kakak ipar saya. Dia merupakan seorang yang berjaya dan idola kepada wanita di luar sana,” katanya.
Dalam pada itu, Rebecca berkata abangnya sudah berusaha agar kedua-dua pihak keluarga berjumpa dan berdamai, namun pelawaan itu ditolak oleh pihak Rozita.
“Abang Long sudah cakap dengan Rozita untuk bawa keluarga mereka dan Abang Long bawa kami tapi pihak sana tak nak. Kalau betul jodoh ini, tak ada orang nak kahwin dalam masa singkat. Akhirnya kita tetap keluarga,” katanya.