Mutu vokal yang dimiliki penyanyi dan pelakon popular, Nur Fazura ternyata mencuri perhatian ramai pihak.
Mana tidaknya, rata-rata rakan selebriti mahupun peminat tampil memberikan pendapat mengenai nyanyiannya seperti yang tular baru-baru ini.
Ini termasuklah pelakon, Rashidi Ishak yang juga pemain gitar bagi kumpulan Dead Mushroom.
Menurut Rashidi, dia telahpun melihat nyanyain Fazura ketika dijemput menerusi temu bual rancangan Sea Today News yang berlangsung di Indonesia baru-baru ini sekaligus mencadangkan agar pengurus penyanyi itu segera mendapatkan guru vokal untuknya.
“Saya melihat nyanyian Fazura menerusi rancangan yang diadakan di Jakarta baru-baru ini.
“Pengurus Fazura perlu memberitahu memaklumkan kepadanya agar mendapatkan guru vokal. Dia tone deaf.
“Membawakan genre lagu balada bukan sesuatu yang mudah apatah lagi lenggok Melayu,” katanya.
Perkaa itu dikongsi Rashidi Ishak menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya sebentar tadi.
Mengulas lanjut, dia yakin bahawa pelantun lagu Sayangi Dirimu itu mampu untuk menyanyi dengan baik sekiranya dia mempunyai inisiatif dan latihan yang bagus.
“She needs to quickly get a vocal coach. Singing is learnable. Singing grat takes time to practice. Ask any singers.
“Jaclyn Victor pernah memaklumkan bahawa dia berlatih menyanyi sejak kecil dan mengambil masa selama 8 jam sehari. So, saya pasti Fazura juga boleh. Terpulang sama ada dia sudi atau tidak sahaja,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Anggap Suara Lebih Kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad Seloroh Ada Peluang ‘Keluar’ Single
ARTIKEL BERKAITAN:Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”
ARTIKEL BERKAITAN:Bell Ngasri Berseloroh, ‘Warning’ Fattah Amin Minta Nyanyi Live Tanpa Guna Mikrofon – “Kalau Nyanyi Tak Sedap Pun, Orang Tak Marah”